Ali Puteh Dedah Kebaikan Yang Dilakukan Oleh Abam Bocey Semasa Hidup

Posted on Saturday, February 15, 2020 | 2/15/2020


Sumber gambar Berita Mediacorp
Pemergian arwah Abam memberi kesan mendalam kepada keluarga dan kenalan rapat arwah. Manakan tidak, terlalu banyak perkara baik yang arwah lakukan semasa hidup. Kita sendiri dapat dapat lihat bagaimana Allah mengangkat darjat arwah dengan menghadirkan beribu manusia untuk memberi penghormatan dan menyempurnakan pengebumian arwah.

Kali ini Ohmedia nak berkongsi kebaikan-kebaikan yang pernah arwah lakukan semasa hidup dan ini didedahkan sendiri oleh adik arwah, Ali Puteh. Menurut pemenang Maharaja Lawak Mega 2019 ini, kebaikan yang arwah ini lakukan termasuklah menanggung perbelanjaan sekolah anak-anak yatim. Menurut Ali, arwah menggangap anak-anak yatim berkenaan sebagai adik-adiknya. Bahkan Ali turut mededahkan, sekiranya arwah mendapat job secara cash, duit tersebut akan digunakan untuk belanja 'adik-adiknya' makan.

Selain itu, arwah juga tidak menyimpan sebarang syak wasangka sekiranya ada yang memerlukan pertolongan. Ali berkata, arwah pernah ditipu oleh beberapa individu yang memohon pertolongan dari arwah, setelah menerima duit dari arwah, individu berkenaan telah block arwah di Whatsapp. Sebelum ini Ali pernah menasihati arwah supaya jangan mudah percaya orang kerana takut ditipu. Namun arwah tidak kisah ditipu kerana itu urusan individu berkenaan dengan Tuhan, apa yang penting arwah berkata beliau sudah menjalankan tanggungjawabnya.

Ali mendakwa arwah pernah belanja orang satu kedai makan tanpa mengira sesiapa yang berada disana. Bahkan pengunjung yang baru sampai turut dibelanja oleh arwah. Tambah Ali, perkara ini sudah dilakukan oleh arwah beberapa kali dan setiap kali berbuat demikian, arwah meminta hal ini dirahsiakan. Ohmedia berpandangan, benda ini kadang-kala kita tak terfikir pun nak lakukan, lebih-lebih dengan orang yang kita tidak kenal.

Yang menarik, Ali menceritakan bahawa PU Azman pernah menelefon beliau dan ucapan takziah diatas pemergian Abam serta memohon maaf kerana tidak dapat menghadiri pengebumian arwah. Saat bertelefon, Ali mendedahkan PU Azman menyampaikan salam dari seorang ustaz dari Kuantan. PU Azman menceritakan bahawa ustaz berkenaan telah ditanggung oleh arwah Abam untuk menjalan dan mengadakan kuliah dan ceramah di seluruh negeri Pahang. Sesungguhnya besar pahala bagi mereka yang membelanjakan harta di jalan Allah.


OHMEDIA: SUNGGUH BESAR KEBAIKKAN YANG TELAH ABAM LAKUKAN, LEBIH-LEBIH LAGI MEMBUAT ANAK-ANAK YATIM GEMBIRA SERTA MEMBELANJAKAN HARTA DI JALAN ALLAH. SEMOGA SEGALA KEBAIKKAN YANG ARWAH LAKUKAN MENJADI CONTOH PADA YANG LAIN.



+ Baca respon Ali dedah kebaikan arwah Abam di Facebook Oh! Media.

Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 2/15/2020

0 comments:

Loading...