Individu Pijak Al-Quran Akan Jalani Pemeriksaan Mental

Posted on Tuesday, February 18, 2020 | 2/18/2020



Rasanya mesti ramai yang sudah mengetahui kesalahan seorang penganggur yang sebelum ini telah membuat siaran langsung di Facebooknya yang kemudian bertindak menghina dan memijak al-Quran. Berikutan dengan itu, suspek telah dibelasah beberapa orang dan ditangkap pihak polis.

Suspek yang juga bernama Mohd Zulkifli Ali kini telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret dan tertuduh telah dibenarkan untuk melakukan pemeriksaan mental di Hospital Permai selepas permohonan Timbalan Pendakawa Raya, Nurhayati Muhammad Fatullah dibenarkan Majistret Nurasidah A Rahman.


Untuk pengetahuan korang, keputusan ini perlu diambil untuk mengetahui status sebenar kesihatan mental tertuduh. Jika didapati bersalah, tertuduh akan dijatuhkan hukuman Seksyen 295 Kanun Keseksaan iaitu penjara maksimum dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Tidak cukup dengan itu, tertuduh juga boleh dijatuhkan hukuman dibawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kata-kata kesat dengan menghina Islam.

OHMEDIA: PERBUATAN INI MEMANG TIDAK BOLEH DIMAAFKAN. HARAP IA DAPAT MENJADI PENGAJARAN UNTUK KITA SEMUA.

+ Baca respon pembaca yang benci dengan penghina agama di facebook Oh! Media.

Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 2/18/2020

0 comments:

Loading...