Peniaga didakwa di mahkamah kerana milik 4 gambar lucah dalam iPhone 6S Plus

Posted on Thursday, February 13, 2020 | 2/13/2020



Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas pertuduhan memiliki gambar lucah di dalam telefon bimbitnya. 

Tertuduh, Mohamad Faezi Abd Latif, 25, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Nurasidah A Rahman. 

19 Mac 2019, Mohamad Faezi dituduh memiliki empat keping gambar lucah di dalam iPhone 6S Plus di Masai pada jam 4.20 petang. 

Dia dituduh mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah. 

Sebelum itu, Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) Nazrul Nizam Mohd Zameri menawarkan jaminan sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin. 

Namun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar jumlah itu dikurangkan kerana dia masih perlu menanggung ibunya. 

Majistret kemudian memerintahkan tertuduh membayar jaminan RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan Isnin ini untuk sebutan semula bagi penyerahan dokumen. 



Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 2/13/2020

0 comments:

Loading...