Tangisan Anak Lelaki Ashraf Sinclair Undang Rasa Sebak, Bunga Citra Lestari Cuba Tenangkan Noah

Posted on Wednesday, February 19, 2020 | 2/19/2020



Sepertimana yang korang tahu pelakon kacak, Ashraf Sinclair yang berusia 40 tahun telah kembali kepada PenciptaNya pada pagi semalam akibat serangan jantung. Ohmedia masih tak sangka arwah pergi dengan begitu cepat dan secara mengejut pada usianya yang masih muda.


Walau bagaimanapun, Ashraf Sinclair telah selamat dikebumikan di San Diego Hills Memorial Park, Indonesia semalam. Apa yang mengundang rasa sebak adalah anak tunggal lelakinya, Noah Sinclair kelihatan menangis teresak-esak di samping ibunya semasa pengebumian arwah.


Dalam video tersebut, Bunga Citra Lestari sedang mencuba untuk menenangkan Noah yang berusia 10 tahun itu kerana beliau masih tidak dapat menerima atas pemergian bapa tercinta.


Apapun, Ohmedia doakan agar Noah Sinclair dan Bunga Citra Lestari tabah menghadapi ujian Allah SWT atas pemergian seorang insan yang tercinta. Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

OHMEDIA: MIMIN PUN TERIKUT RASA SEDIH BILA TENGOK NOAH NANGIS TERESAK-ESAK. HMM. HANYA ORANG YANG PERNAH KEHILANGAN MAK AYAH JE TAHU PERASAAN TU MACAM MANA.

Sumber: Suaradotcom | Twitter

+ Baca respon pembaca sayang Noah Sinclair di Facebook Oh! Media



Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 2/19/2020

0 comments:

Loading...