(Video) Penyampai Berita Mandrin Berbangsa Melayu Pertama Di Malaysia, TV2 Lakar Sejarah!


Seperti biasa yang kita lihat di kaca televisyen, penyampai berita Mandrin kebiasaannya disampaikan oleh pembaca berita berbangsa Cina. Namun, lain pula kali ni bila Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi TV2 telah tampil melakar sejarah yang telah menarik perhatian netizen!

Menurut sumber yang Ohmedia baca, TV2 telah menampilkan seorang wanita iaitu Rasyidah Abu Johan sebagai pembaca berita bahasa Mandrin berbangsa Melayu yang pertama di Malaysia. Perkara ini sangat membanggakan rakyat Malaysia terutamanya bangsa Melayu. Yelah bukan senang tau nak bertutur dalam bahasa Mandrin ni.

Kefasihan wanita ini dalam meyampaikan berita dalam bahasa Mandrin telah membuatkan netizen terkejut! Malah sesiapa yang mendengarnya tanpa melihat mesti tidak sangka pembaca berita itu adalah orang Melayu. Woww kagum betul Ohmedia bila tengok video ni!



Apa yang Ohmedia baca lagi, Rasyidah mahir bertutur dalam bahasa Mandrin kerana beliau pernah mendapat pendidikan di sekolah aliran cina semasa berada di darjah 1 sehinggalah di tingkatan 6.

Ketika kecil, saya pernah memasuki kelas piano yang mana majoriti pelajarnya berbangsa Cina. Atas sebab itu, saya telah meminta ibu mendaftarkan saya ke sekoah aliran Cina kerana berminat untuk belajar bahasa Mandrin. Pergaulan dengan rakan-rakan di sekolah menyebabkan saya fasih, namun saya hanya bertutur dengan kerap dalam bahasa itu ketika menjalankan perniagaan dalam talian di awal kerjaya pada tahun 2011. Ketika itu, saya ditempatkan di meja berita am sebelum beralih ke unit bisnes saluran berita bahasa Melayu - katanya


Perkara yang menjadi perbualan di dalam laman sosial apabila Rasyidah muncul dengan imej berhijab. Rata-ratanya ramai yang meninggalkan komen yang positif. Namun ada juga netizen yang meninggalkan komen negatif berbaur sindiran. Biasalahkan kita buat baik pun ada je orang nak mengata! Apa-apapun semoga kejayaan ini dapat mengharumkan nama Malaysia.

OHMEDIA: TAHNIAH OHMEDIA UCAPKAN KEPADA RTM DAN JUGA RASYIDAH ABU JOHAN ATAS PENCAPAIAN NI!

Sumber: Yoy Network

+ Baca respon penyampain berita Mandrin berbangsa Melayu ini di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media