Zahirah Macwilson Sah Bergelar Isteri Kepada Aiman Hakim Ridza Dengan Sekali Lafaz

Posted on Friday, February 21, 2020 | 2/21/2020



Semalam Ohmedia baru jer cerita tentang pasangan ni mengadakan malam berinai bertemakan Bollywood pada 2 hari lalu di sekitar Kuala Lumpur. Zahirah menggayakan lehenga berwarna merah yang direka khas oleh Rizman Ruzaini.

Fuh, seri pengantin dia memang lain macam gais! Kalau korang nak tahu, Zahirah Macwilson sudah sah bergelar isteri kepada Aiman Hakim Ridza yang juga merupakan seorang pelakon dengan sekali lafaz pada pukul 9 malam tadi di Glam Hall, Mercu Mustapha Kamal, Damansara.



A post shared by Drama/Filem Adaptasi Novel™ (@dramafilemadaptasinovel) on
Kali ini dia menggayakan busana berwarna putih yang direka oleh Teh Firdaus. Pasangan ini telah dinikahkan oleh bapa kandung Zahirah, Zainol Macwilson. Alhamdulillah, malam ni pula kedua-dua belah pihak keluarga mereka akan mengadakan majlis resepsi di lokasi yang sama.

Pengantin lelaki memberi mas kahwin sebanyak RM300 berserta dengan lima dulang hantaran berbalas tujuh kepada pengantin perempuan. Apapun, Ohmedia ingin mengucapkan tahniah kepada pasangan mempelai ini. Semoga mereka ini berkekalan hingga ke Jannah. Amin!

OHMEDIA: KEPAK KEPAK KEBUM KEBUM! SELAMAT PENGANTIN BARU GAIS.

Sumber: Instagram

+ Baca respon pembaca minat ZahirAH di Facebook Oh! Media


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 2/21/2020

0 comments:

Loading...