BCL Dedah Dada & Perut? Peminat Sedih Melihat Keadaan BCL Sekarang

Posted on Sunday, March 15, 2020 | 3/15/2020



Sejak ketiadaan pelakon terkenal Ashraf Sinclair yang cukup terkenal dan berjaya di Indonesia yang meninggal pada 18 Februari lepas, peminat amat tersentuh melihat keadaan Bunga Citra Lestari (BCL) yang dilihat cukup terkejut dengan pemergian suami tercinta.

Bagaimanapun, timbul pula isu lain apabila orang ramai melihat yang ada pihak produksi yang cuba mengambil kesempatan dengan meninggalnya suami BCL apabila Indonesia Idol menjemput BCL dan menggunakan kesedihan untuk menaikkan rating tontonan. Indonesia Idol turut menerima kecaman dari netizen.

BCL menangis dengar Judika nyanyi

Tidak cukup dengan itu, penyanyi popular Judika turut memilih dan menyanyikan lagu yang sedih sehingga membuatkan BCL menangis teresak-esak ketika rancangan bersiaran langsung.


BCL masih tidak tutup aurat, tunjuk dada & pusat

Selain memberikan kata-kata semangat kepada BCL, peminatnya juga meminta agar BCL menutup auratnya demi Ashraf. Saranan untuk BCL menutup aurat ini semakin rancak apabila BCL melalui chanel YouTube telah menaikkan satu video hari jadinya ke-36 dan dapat dilihat BCL memakai pakaian yang sangat seksi sehingga menampakkan bahagian atas badannya dan perut.


Bagaimanapun, video ini sebenarnya adalah sambutan hari lahir BCL ke-36  yang diadakan pada 22 Mac 2019 di Kilo Lounge Jakarta.

Ini respon peminat BCL yang merasakan dia sepatutnya sudah tahu apa yang baik dan apa yang tidak baik.




OHMEDIA: SEMOGA BCL DIBERIKAN HIDAYAH UNTUK BERUBAH MENJADI LEBIH BAIK.

Sumber: YouTube

+ Baca respon pembaca yang mengikuti perkembangan BCL di Facebook Oh! Media.

Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 3/15/2020

0 comments:

Loading...