'Habis tu nak suruh tupai pergi interview kerja ke hanat?!' - Pekebun seksa tupai kerana tebuk buah durian, diselar netizen

Posted on Wednesday, March 11, 2020 | 3/11/2020



Kejam dan tidak berperikemanusian! Itulah ayat yang sesuai diberikan kepada pelaku ini. Haiwan sekecil tupai ini dianggap seperti musuh hanya kerana mencuri buah durian di dusun. 

Baru-baru ini viral gambar seekor tupai yang tangannya diikat dengan tali dan kaki pula dibebankan dengan sebiji durian.

Persatuan Haiwan Malaysia menyelar tindakan pelaku terbabit yang jelas sekali sudah melampaui batasan.

Melalui kenyataan di Facebook persatuan tersebut berkata, pelaku wajar diheret ke mahkamah.

"Ini bukanlah cara mengajar tupai. Fitrah haiwan liar mencari makan dengan pencerobohan. Menangani kacau ganggu perkebunan, mestilah dengan perikemanusiaan. 

"Jika tindakan menggantung tupai dijadikan alasan untuk menakutkan tupai lain supaya tidak mencuri buah durian di dusun, tindakan berlebihan ini tergolong dalam kategori menzalimi dan menyakiti tupai.

"Pemilik dusun yang melampau batas wajar diheret ke mahkamah dan diadili dengan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010. 

"Dari situ barulah diketahui bahawa tindakan melampau dan menyakiti tupai adalah wajar atau tidak wajar. Perbuatan ini adalah di Malaysia!" kata kenyataan itu.

REAKSI NETIZEN





Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 3/11/2020

0 comments:

Loading...