Pengunjung Diingatkan Agar Mendirikan Solat Jumaat

Posted on Thursday, March 19, 2020 | 3/19/2020



Oleh : Norekwan Mamat

BESUT, 19 Mac- Pengunjung pusat perkelahan di daerah berkenaan diberi ingatan agar mendirikan Solat Jumaat walaupun di mana sahaja berada.

Menurut Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut, Mat Daik Mohamad, penjaga tempat perkelahan di Lata Kolam dan Lata Air Panas dipertanggungjawab bagi mengumumkannya kepada pengunjung.

"Operasi seruan menunaikan Solat Jumaat yang diadakan bertujuan bukan (untuk) menghukum tetapi (merupakan) tanggungjawab sesama Umat Islam.

"Kita sebagai orang beriman dituntut melakukan kebaikan serta mengajak orang lain kearah kebaikan," ujarnya.


Beliau berkata demikian selepas mengadakan operasi seruan menunaikan Solat Jumaat bertempat di Lata Air Panas, disini, baru-baru ini.

Katanya, ia bertujuan mendidik pengunjung agar menunaikan kewajipan berkenaan walau dimana berada.

"Kesalahan tidak menunaikan solat Jumaat katanya tertakluk dibawah Seksyen 16, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.

"Dimana sabit kesalahan menurutnya akan dikenakan denda maksimun RM3000 atau penjara selama dua tahun,"tegas beliau.



Sumber: teganukita.net
Blog, Updated at: 3/19/2020

0 comments:

Loading...