'Sedap-sedap kau tinggalkan orang tua kau tepi jalan, dahlah dia stroke!'

Posted on Sunday, March 22, 2020 | 3/22/2020



Dari kecil, dibelai dan dimanja tanpa rasa penat dan lelah. Itu pengorbanan kedua ibu bapa yang tidak ternilai hitungnya. Tetapi sesudah dewasa, jasa dan pengorbanan ibu bapa seolah-olah tidak dipandang malah dibuang jauh dari pandangan.

Beberapa gambar seorang warga emas terlantar di tepi jalan yang dipercayai ditinggalkan anaknya, tular di media sosial mendapat simpati netizen.

Berdasarkan perkongsian netizen, warga emas itu dijumpai oleh seorang petugas yang ketika itu meronda kawasan tersebut. Dikatakan lokasi kejadian adalah di Kota Kemuning. 

Warga emas tersebut dikatakan menghidap penyakit strok. Lagi menyedihkan, sebelum anaknya meninggalkannya di tepi jalan itu, dia memberikan bapanya ubat tidur.

"Ni bapak siapa ni? Sedap-sedap kau tinggal orang tua kau tepi jalan. Dahla dia stroke! Ni bapak aku jumpa time ronda semalam. Dia mengadu anak dia tinggal dia, ape ke bangang kau ni mat? Dahla dia pelupa! Bangang atleast kau letak kat hospital bukan tepi jalan! 

"Bangang atleast kau letak kat hospital la bangang! Bukan tepi jalan. Aku dapat kau, aku letak kau tepi longkang terbaring sambil bogel baru kau tahu.

"Area kota kemuning! Ayah dia cakap sebelum anak dia tinggal, dia ada bagi ubat something, but ubat tu ubat tidur!"





Meskipun begitu, ada segelintir netizen juga enggan terus percaya dan beranggapan mungkin warga emas itu 'pelupa' atau 'nyanyuk' sehingga menyampaikan perkara yang tidak tepat. 

Sebagai anak, jaga dan lindungilah ibu bapa anda, lebih-lebih lagi jika mereka sudah mencapai usia warga emas.



Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 3/22/2020

0 comments:

Loading...