Suspek COVID-19 lari dari Klinik Kesihatan Seksyen 32 Shah Alam

Posted on Friday, March 13, 2020 | 3/13/2020



Seorang lelaki berusia 54 tahun yang disyaki positif COVID-19 dilaporkan melarikan diri dari Klinik Kesihatan Bukit Naga Seksyen 32, Shah Alam. 

Menurut laporan polis yang dibuat oleh doktor klinik berkenaan berkata, pesakit bernama Mat Zi itu datang ke klinik pada jam 10.25 pagi Khamis. 

"Hasil pemeriksaan mendapati beliau mengalmai demam suhu yang tinggi serta mempunyai tanda suspek COVID-19. 

"Beliau terlibat dalam perhimpunan Tabligh di Sri Petaling," katanya. 

Lelaki itu kemudian ditempatkan di khemah pengasingan pada jam 1.04 tengah hari. Namun doktor itu dimaklumkan oleh pegawainya bahawa pesakit itu telah 'tiada' dan dipercayai telah melarikan diri. 

Pihak klinik cuba menghubungi pesakit itu agar dia kembali ke klinik. Lelaki itu memaklumkan dia akan kembali semula. Tetapi apabila pihak klinik cuba menghubunginya, nombor telefonnya tidak dapati dihubungi. 


Rabu 15 Mac 2020, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan pihaknya kini sedang mengesan 5,000 peserta Malaysia yang menyertai perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu. 

Ini berikutan seorang warga Brunei disahkan positif COVID-19 dan mempunyai sejarah perjalanan ke Malaysia serta menyertai perhimpunan itu. 



Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 3/13/2020

0 comments:

Loading...