Usahawan kosmetik terkenal pukul anak angkat semasa mahu merakam gelagat anaknya menangis

Posted on Wednesday, March 04, 2020 | 3/04/2020



Seorang pembantu rumah membuat laporan polis sehari selepas majikannya yang merupakan usahawan kosmetik terkenal memukul anak angkatnya berusia dua tahun. 

Lapor Harian Metro, kejadian itu berlaku pada 28 Februari lalu di rumah usahawan berkenaan di Petaling Jaya. 

Menurut sumber media berkenaan, usahawan itu memukul mangsa menggunakan tangan semasa mahu merakam gelagatnya menangis. 

Selepas kejadian itu, pembantu rumah berkenaan turut dipanggil masuk ke dalam bilik kasut bersama mangsa dan suspek mengarahkannya memukul mangsa. 

Bagaimanapun, pengadu enggan menurut arahan tersebut menyebabkan suspek memukul mangsa menggunakan kasut di bahagian badan selain mencubitnya. 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu. 

"Kami sudah merakam keterangan daripada semua saksi termasuk suspek. Kertas siasatan berhubung kejadian itu dijangka siap dalam minggu ini. 

"Ia akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya. 

Sumber: Harian Metro


Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 3/04/2020

0 comments:

Loading...