(Video) Isteri Da'i Farhan didakwa menipu, bakal berdepan dengan hukuman penjara & sebatan jika disabitkan bersalah

Posted on Wednesday, March 04, 2020 | 3/04/2020



Persoalan netizen sudah terjawab. Isteri kepada juara Da'i musim kedua dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan menipu pelanggannya. 

Noorainul Naqim Mohd Radzi, 40, isteri kepada Nik Ahmad Farhan Nik Muhamad, membuat pengakuan tidak bersalah. 

Mengikut pertuduhan, Noorainul pada 21 Disember 2017 hingga 26 Februari 2018 mendorong mangsa, Norsiha Aala untuk menyerahkan wang sebanyak RM10,050 bagi membantunya menguruskan sijil halal dan pengiktirafan dari Kementerian Kesihatan Malaysia bagi produk miliknya. 

Noorainul dituduh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama kurang setahun dan tidak melebihi 10 tahun dengan sebat serta denda. 


Timbalan Pendakwa Raya, Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar menawarkan jaminan RM10,000 kepada mahkamah. Namun peguam bela, Sheik Abdullah Abdul Malik merayu agar mahkamah mengurangkan jumlah itu kerana anak guamnya merupakan penanggung tunggal lapan anak.

Nik Ahmad Farhan juga hadir di mahkamah hari ini untuk menjadi penjamin. 

Mahkamah kemudian memerintah tertuduh membayar jaminan sebanyak RM4,000 dan menetapkan 3 April ini untuk serahan dokumen. 

Sumber: Harian Metro

LAPORAN BERKAITAN


Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 3/04/2020

0 comments:

Loading...