(Video) Isteri Da'i Farhan Ke Mahkamah, Suami Suspek Juga Kelihatan Bagi Jadi Penjamin

Posted on Wednesday, March 04, 2020 | 3/04/2020



Semalam Ohmedia baru je menceritakan tentang seorang isteri juara program Da'i telah ditahan oleh pihak polis di pejabatnya yang terletak di Desa Melawati, Kuala Lumpur kerana dipercayai menipu seorang pelanggan tentang menguruskan sijil halal dan juga KKM bagi produk jamu.

Rupa-rupanya suspek itu adalah Dr. Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd Radzi yang berusia 40 tahun yang dikenali sebagai isteri kepada Nik Ahmad Farhan Nik Muhamad. Walau bagaimanapun, suspek mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Wong Chai Sia.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan. Majistret telah menetapkan tarikh bahawa tertuduh hendaklah menyerahkan dokumen pada 3 April ini dan diperintahkan untuk membayar RM4,000 sebagai jaminan.


Kalau korang tengok video yang dimuatnaik oleh Harian Metro dekat atas ni, Da'i Farhan juga kelihatan di mahkamah tersebut bagi menjadi penjamin dan beliau enggan mengulas dengan lebih lanjut mengenai perkara ini.

Suami tertuduh juga hadir di mahkamah hari ini bagi menjadi penjamin.

Terdahulu, mangsa pernah berurusan dengan Dr. Erin pada tiga tahun lepas yang menjanjikan menguruskan sijil halal dan KKM bagi produk jamu. Mangsa juga telah membayar lebih RM10,000 kepada suspek namun mangsa berapa tipu kerana sehingga tahun lepas masih tiada proses dijalankan.

OHMEDIA: DALAM PERNIAGAAN NI, KITA KENA JUJUR TAU DENGAN PELANGGAN SUPAYA DIMURAHKAN REZEKI KITA.

Sumber: Harian Metro

+ Baca respon pembaca tak suka menipu di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 3/04/2020

0 comments:

Loading...