5 Khasiat Yang Ada Pada Budu Untuk Kesihatan

Posted on Thursday, April 16, 2020 | 4/16/2020



Budu merupakan makanan yang cukup popular di Kelantan. Namun tidak ramai yang tahu bahawa budu mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan. Terdapat protein dan kandungan serat yang amat baik berbanding serat ikan yang lain. Di bawah ini Ohmedia nak kongsikan 5 khasiat yang terdapat pada budu.



MENCEGAH KENCING MANIS

Khasiat yang ada pada Budu mampu untuk mencegah tubuh badan kita dari penyakit kronik seperti kencing manis dan sakit jantung. Selain itu. zat antibakteria yang ada dalam kandungan budu juga mampu menghalang kita dari terkena cirit-birit


MENINGKATKAN IQ 

Budu juga mempunyai banyak manfaat antaranya mampu untuk menambah daya ingatan dan merangsang sel-sel otak. Oleh yang demikian, ianya dapat membantu kita untuk melakukan setiap perkara dengan baik dan lancar.


AWET MUDA

Buat korang yang ingin sentiasa nampak muda tidak perlu menghabiskan duit untuk membeli produk yang mahal. Hanya dengan makan budu korang akan kelihatan awet muda. Budu juga mempunyai ganestine dan phytoestrogen di mana ia mampu untuk menghalang kita dari terkena kanser payudara.


MENCEGAH KANSER

Tidak semua tahu budu mampu untuk melawan pelbagai penyakit antaranya kanser. Ini disebabkan Budu mempunyai anti oksidan iaitu Gluthaione yang mampu meningkatkan daya tahan tubuh serta mengeluarkan toksin yang ada dalam badan kita.


MENGURANGKAN KOLESTEROL

Setiap orang mempunyai kolesterol dalam badan dan diberi perhatian kerana tahap kolesterol yang tinggi berisiko untuk terkena penyakit yang merbahaya seperti diabetes, thyroid, obesiti dan buat pinggang. Untung pengetahuan korang, dengan hanya makan budu sebanyak 150 gram sehari selama 2 minggu mampu untuk menurunkan kolesterol.

OHMEDIA : SEMOGA KHASIAT YANG ADA PADA BUDU DAPAT MEMBANTU KORANG UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH DALAM TUBUH BADAN.

+ Baca respon pembaca 5 khasiat yang ada pada budu untuk kesihatan di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 4/16/2020

0 comments:

Loading...