Cara Mudah Merawat Blackhead Dan Whitehead

Posted on Thursday, April 30, 2020 | 4/30/2020



Boleh dikatakan ramai anak muda sekarang mengalami masalah kulit muka seperti jerawat, blackhead dan whitehead. Namun tidak ramai yang tahu cara untuk mengatasi masalah tersebut. Oleh yang demikian, Ohmedia nak kongsi bahan yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah kulit muka. Antaranya putih telur kerana khasiat yang ada padanya mampu untuk menghilangkan minyak di muka dan mengecutkan liang yang menjadi punca kepada jerawat.


Selain itu, korang juga boleh menggunakan Soda Bikarbonat. Ini kerana bahan tersebut boleh merawat masalah jerawat dan membuang minyak yang berlebihan di muka. Jika korang mempunyai yogurt di rumah, ianya juga boleh digunakan kerana yogurt mampu untuk mengurangkan kedut di muka dan membuang sel kulit mati.



Untuk pengetahuan korang, cuka epal juga mengandungi kebaikan untuk merawat masalah kulit muka seperti menegangkan kulit dan mengurangkan pores di muka. Jika korang tidak mempunyai bahan di rumah untuk diletakkan pada muka, korang boleh menggunakan ais batu. Caranya masukkan kiub ais ke dalam kain dan tekap pada muka selama 30 saat atau cuci muka dengan air yang mempunyai ais. Lakukan pada setiap hari kerana ais mampu untuk membina kulit yang lebih sihat pada wajah.

OHMEDIA : AMALKAN CARA INI SECARA KERAP UNTUK MENGHILANGKAN JERAWAT, BLACKHEAD DAN WHITEHEAD PADA KULIT MUKA

+ Baca respon pembaca cara mudah untuk merawat Blackhead dan Whitehead di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 4/30/2020

0 comments:

Loading...