COVID-19 : Kedai Makanan Ternakan Di Bawah MBKT Dibuka Tiga Kali Seminggu

Dr Azman.
KUALA TERENGGANU, 5 April - Premis perniagaan makanan ternakan dalam kawasan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) hanya dibenar beroperasi tiga hari seminggu di sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) fasa dua.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, kedai terbabit dibenarkan beroperasi pada hari Ahad, Selasa dan Khamis bermula pada jam 8 pagi hingga 2 petang.

"Pelanggan dilarang berkumpul di dalam kedai. Pemilik premis perlu memasang tali rentang untuk pelanggan beratur di luar kedai atau apa-apa kaedah yang bersesuaian.

"Pematuhan garis panduan PKP yang lain adalah dituntut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, keputusan itu dibuat bagi meminimakan pergerakan untuk mencegah penularan wabak COVID-19.

"Kejayaan atau kegagalan PKP bergantung kepada disiplin kita bersama," jelasnya.



Sumber: teganukita.net