'Isteri sibuk bekerja, jadi saya umpan dia (anak tiri) untuk puaskan nafsu' - Gadis dirogol bapa tiri sejak 2018

Posted on Saturday, April 18, 2020 | 4/18/2020



Seorang ayah tiri, Edi Wartoyo, 34, sanggup menggoda anak tirinya yang berusia 17 tahun untuk melakukan hubungan terlarang. Tanpa berasa salah, dia sanggup mengajak remaja itu melakukan perbuatan jijik itu lebih dari sekali sejak 2018. 

DIfahamkan, Edi berkahwin dengan ibu mangsa, Mawar (nama samaran) pada 2011. Sejak dari itu, mereka bertiga tinggal bersama di Sawahan, Surabaya, Indonesia. 

Di kala isteri sedang sibuk bekerja, Edi mula mengambil kesempatan terhadap anak tirinya itu dengan membelikan telefon bimbit baru berserta dengan pakej internet. 

Mawar yang masih bersekolah ketika itu terpengaruh dan bersetuju dengan permintaan Edi. Perbuatan itu dilakukan sehingga menyebabkan Mawar hamil dan melahirkan anak. 

Bagaimanapun perbuatan Edi akhirnya terbongkar selepas mangsa menceritakan perkara itu kepada ibunya menyebabkan suspek ditahan oleh polis. 

Edi mengaku dia menjadikan Mawar sebagai tempat melampias nafsunya kerana terngiur dengan penampilan remaja itu. Dia mula mengambil kesempatan terhadap mangsa ketika tinggal berdua di rumah. 

"Ya, di siang hari rumah sepi, isteri saya kerja dan hanya pulang di waktu malam. Saya selalu berdua dengan anak tiri saya di rumah. Saya pujuk dan kata 'Aku sayang kamu, kamu minta apa pun aku turuti," kata suspek. 

Menurut suspek, mangsa juga mempunyai 'rasa' yang sama terhadapnya. 

Setelah umpan mengena, Edi mula meminta Mawar melayani nafsu kejinya itu 2-3 kali seminggu. Biarpun mangsa telah disahkan hamil, suspek masih meneruskan perbuatannya tanpa sebarang rasa bersalah sehingga bayi di dalam kandungan dilahirkan. 

Ibu mangsa pada awalnya tidak tahu perbuatan suaminya dan menyangka Mawar hamil disebabkan terlalu bebas bergaul dengan lelaki lain di luar. Namun setelah bayi itu dilahirkan, Mawar menceritakan perkara sebenar. 

Ibu mangsa terus membuat laporan polis dan suspek ditangkap serta-merta. 

Suspek kini berdepan dengan tindakan undang-undang di mahkamah. 

Sumber: Sosok


Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 4/18/2020

0 comments:

Loading...