MPKK Seri Bandi Terus Berkhidmat Asak Tohmahan

Posted on Thursday, April 16, 2020 | 4/16/2020


Pengerusi MPKK Seri Bandi, Aziz Daud mengagihkan bantuan berupa barangan dapur kepada keluarga yang telah dikenal pasti benar-benar memerlukan bantuan.
Oleh: Alfian Mamad

KEMAMAN, 16 April - Bantuan kepada mereka yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terus disalurkan walaupun menerima pelbagai tohmahan daripada segelintir mereka yang tidak berpuas hati.

Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Seri Bandi meneruskan khidmat murni mereka dengan mengagihkan bantuan berupa barangan dapur tanpa mempedulikan tohmahan yang dilemparkan oleh sesetengah pihak.

Pengerusinya, Aziz Daud berkata, kerja mereka perlu diteruskan kerana ianya sudah menjadi tanggungjawab.

"Kami akan terus mengagih bantuan yang telah diamanahkan oleh kerajaan negeri dalam membantu meringankan beban mereka yang tidak dapat bekerja di dalam tempoh PKP ini.

"Anggaplah prasangka itu sebagai pembakar semangat untuk kita terus meningkatkan usaha dengan lebih baik dalam membantu masyarakat," ujarnya.

"Biar Allah yang menilai kerja yang dilakukan ini dengan mengharapkan keredhaan-Nya,"ujar beliau lagi.

Sebanyak 130 bungkusan barangan dapur telah diagihkan oleh MPKK Seri Bandi daripada pelbagai sumber termasuk Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kijal kepada keluarga yang telah dikenal pasti mengikut kategori mereka yang terkesan susulan PKP yang dilanjutkan sehingga 28 April ini bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Sumber: teganukita.net
Blog, Updated at: 4/16/2020

0 comments:

Loading...