Face mask bahaya untuk budak bawah umur 2 tahun, boleh menyebabkan kesukaran bernafas - Pakar Jepun


Kanak-kanak di bawah usia dua tahun tidak digalakkan memakai face mask kerana boleh menyebabkan mereka mengalami kesukaran bernafas dan berisiko tinggi untuk diserang strok haba, demikian amaran dari pakar Jepun. 

Persatuan Paediatrik Jepun telah mengeluarkan peringatan kepada golongan ibu bapa agar tidak memakaikan face mask pada bayi yang berusia dua tahun ke bawah, meskipun pihak berkuasa Jepun menyarankan semua individu memakai face mask bagi mengekang penularan wabak koronavirus atau Covid-19. 

Dalam risalah yang dikeluarkan kepada orang awam, badan perubatan Jepun mengingatkan bahawa, bayi akan mengalami peningkatan beban pada paru-paru ekoran pemakaian face mask. 

Tambahan, face mask yang digunakan juga menutup hampir keseluruhan wajah anak sehingga menyukarkan ibu bapa untuk melihat perubahan ekspresi atau warna pada wajah anak yang menunjukkannya mengalami masalah pernafasan. 

Risalah itu menyatakan, "Kemungkinan face mask boleh menyebabkan bayi mengalami kesukaran untuk bernafas dan meningkatkan risiko serangan strok haba." 

Selain itu, saluran udara yang sempit boleh menyebabkan tercekik terutamanya anak kecil yang muntah di sebalik face mask. 

Oleh kerana kanak-kanak mempunyai risiko yang rendah untuk dijangkiti koronavirus, lembaga Jepun mendapati bahawa golongan kanak-kanak tidak mempunyai alasan logik untuk menghadapi risiko yang ditimbulkan dengan memakai face mask itu sendiri. 

Sumber: Daily Mail


Sumber : thereporter.my