FC Seoul Didenda Kerana Menggunakan Patung Seks Di Stadium

Posted on Thursday, May 21, 2020 | 5/21/2020



Saingan Bola Sepak K-League telah kembali berlangsung selepas berehat lama akibat pendemik COVID-19. Setiap pasukan dibenarkan beraksi dengan syarat tanpa penyokong di Stadium. Walaubagaimanapun, terdapat 1 perlawanan yang menjadi tumpuan melibatkan pasukan tuan rumah FC Seoul dan Gwangju FC


FC Seoul dikatakan telah membawa lebih 20 patung seks untuk diletakkan di tempat duduk dan dijadikan sebagai hiburan untuk menggantikan penyokong di Stadium. Ada diantara patung tersebut memakai penutup muka dan jersi FC Seoul manakala yang lain sedang memegang logo penjual alat mainan seks.


Perkara ini telah menyebabkan FC Seoul didenda sebanyak RM356,000 kerana melanggar peraturan yang ditetapkan K-League iaitu tidak membenarkan iklan berkaitan dengan seks dipaparkan. Oleh yang demikian, FC Seoul telah menerima hukuman denda serta melakukan permohonan maaf di atas kesilapan mereka.

OHMEDIA : SEMOGA PERKARA SENSITIF INI TIDAK TERJADI DI MALAYSIA

Kredit : Berita Harian

+Baca respon pembaca FC Seoul didenda kerana menggunakan patung seks di stadium di Facebook Oh! Media






Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 5/21/2020

0 comments:

Loading...