Kumpulan Pertama Gelandangan Sudah Diterima Kerja Dengan Gaji RM1,400 Hingga RM1,600

Posted on Wednesday, May 13, 2020 | 5/13/2020



Ini adalah satu perubahan dan permulaan yang sangat baik bagi mereka yang kurang bernasib baik. Ohmedia sebelum ini ada menaikkan satu artikel mengenai perancangan kerajaan yang bercadang membela nasib golongan gelandangan dengan memberikan mereka pekerjaan yang menjamin masa depan utnuk mengelakkan mereka kembali tinggal di jalanan.

Usaha ini sudahpun bermula apabila seramai 43 individu dari kumpulan pertama gelandangan sudahpun ditawarkan pekerjaan baharu mereka di Setiawan, Perak di sebuah syarikat pembuatan makanan.

Menteri Wilyah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan yang kumpulan ini telahpun ditemuduga dan sudahpun bergerak ke  tempat kerja baharu mereka dengan menaiki dua buah bas.

Sementara itu, kira-kira 200 orang pula akan dibawa untuk berkursus selama sebulan untuk meningkatkan potensi mereka dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebelum diambil bekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). - Katanya.

Antara syarikat lain yang turut menawarkan pekerjaan bagi golongan gelandangan ini adalah di Top Glove Sdn Bhd. Gaji yang ditawarkan kepada mereka juga sangat berpatutan iaitu pada sekitar RM1,400 hingga RM1,600 dan ini permulaan untuk memperbaiki kehidupan mereka yang sangat baik.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca suka dengan cara ini di Facebook Oh! Media.





Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 5/13/2020

0 comments:

Loading...