Nokia 150 & 125 Kembalikan Nostalgia, Bateri Mampu Bertahan Sehingga 22 Hari

Posted on Wednesday, May 13, 2020 | 5/13/2020



Mesti ada antara korang yang hanya memerlukan sebuah telefon dengan fungsi asas untuk membuat panggilan suara ataupun membuat pesanan teks, betul tak? Ianya sangatlah sesuai bagi mak-mak dikampung dan anak-anak yang duduk di asrama yang hanya ingin menelefon ataupun membuat pesanan mesej kepada orang tersayang untuk bertanyakan khabar.


Korang ingat lagi tak zaman-zaman telefon yang menggunakan keypad fizikal seperti Nokia 3310 (Nokia baling anjing) dulu? Memang tersangatlah nostalgia. Baru-baru ini, Nokia sekali lagi mengeluarkan telefon asas terbaru mereka iaitu Nokia 150 dan Nokia 125 untuk pengguna yang hanya memerlukan telefon yang berspesifikasi keperluan asas.


Menurut HMD Global, Nokia 150 dan Nokia 125 ini dilengkapi dengan skrin 2.4 inci dan semestinya ada butang kawalan dan nombor fizikal yang picit-picit tu sama seperti Nokia 3310 dulu. Ianya adalah telefon celullar biasa yang dikuasakan dengan sistem operasi Series 30+. Korang juga boleh memainkan MP3 dan mendengar radio hanya menggunakan speaker dia tanpa menggunakan earphone dan sebagainya. Kedua-dua telefon ini turut mempunyai kemudahan bluetooth untuk korang kongsikan fail antara peranti lain dan ianya tidaklah menyokong aksesori audio yang menggunakan bluetooth ya gais.


Kedua-dua telefon ini hadir dengan bateri yang dikatakan mampu bertahan sehingga 22 hari (atau lebih) dan apa yang paling best, korang boleh membuat panggilan sehingga hampir 20 jam tanpa henti. Tapi, siapa jer yang nak berpotpet sampai berjam-jam gitu ya tak, kah! Kedua-dua telefon ini mempunyai spesifikasi yang hampir sama, cuma yang membezakan adalah Nokia 150 mempunyai kamera dan bagi yang 125, tidak disertakan.

Harga yang dianggarkan pada Nokia 150 ini adalah RM126 dan bagi Nokia 125 pula berharga RM106. Psst! Jangan percaya harga yang Ohmedia cakapkan tu sebab ianya hanya anggaran pada nilai ringgit yang telah di convert, tunggu perasmian di Malaysia nanti baru tahu harga sebenar ya.

Sumber : HMD Global

+ Baca respon pembaca telefon asas terbaru dari Nokia di Facebook Oh! Media.






Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 5/13/2020

0 comments:

Loading...