Rambut Semakin Panjang Ketika PKP? Ini Cara Untuk Mengatasinya

Posted on Thursday, May 14, 2020 | 5/14/2020



Sudah hampir 2 bulan kita menjalani perintah kawalan pergerakan (PKP) di rumah. Sudah pasti rambut kita sudah semakin panjang dan lebat. Justeru itu akan membuatkan kita rasa kurang selesa. Oleh yang demikian, Ohmedia nak kongsi dekat korang cara mudah untuk mengatasi masalah rambut yang panjang ketika PKP.


Mesin Rambut


Buat korang yang mempunyai mesin rambut sendiri pasti akan menjadi satu kelebihan ketika PKP . Hal ini disebabkan mesin rambut mempunyai ukuran di matanya serta dapat memastikan rambut korang kelihatan kemas ketika dipotong.

Gunting


Jika korang ingin memotong rambut kerana sudah terlalu rimas pastikan korang menggunakan gunting yang tajam dan sesuai untuk memotong rambut. Elakkan untuk memakai gunting yang tidak sesuai seperti gunting dapur , gunting plastik atau gunting budak sekolah. Kesalahan memilih gunting akan menyebabkan rambut menjadi rosak.

Penjagaan Rambut


Waktu PKP ini jika korang memotong rambut di rumah pasti tidak sama seperti di kedai. Oleh itu, pastikan korang hanya potong sedikit di bahagian hujung rambut supaya kelihatan sedikit kemas. Kemudian guna syampu setiap kali mandi untuk memastikan rambut sentiasa berada dalam keadaan lembap.

Warnakan Rambut


Kadangkala waktu PKP ini korang boleh membuat eksperimen seperti mewarnakan rambut. Pastikan korang memilih produk yang sesuai untuk digunakan. Jika tersilap produk pasti akan membuatkan rambut korang menjadi rosak. Seterusnya, selepas korang menggunakan produk tersebut elakkan untuk membasuh rambut selama 2 hari supaya warna itu kekal dan kulit kepala tidak menjadi gatal.


Perbezaan gaya


Seperti semua tahu kerajaan masih belum membenarkan kedai gunting rambut beroperasi kerana risau akan jangkitan Covid-19. Jadi Korang yang berada di rumah boleh mengubah gaya rambut buat seketika. Jika rambut sudah panjang korang boleh ikat dan menjadikannya lebih kemas dan selesa.

OHMEDIA : JIKA KES COVID-19 TURUN DENGAN MENDADAK PASTI KEDAI GUNTING RAMBUT DIBENARKAN BEROPERASI SEPERTI BIASA

+Baca respon pembaca rambut semakin panjang ketika PKP? Ini cara untuk mengatasinya di Facebook Oh! Media




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 5/14/2020

0 comments:

Loading...