"Saya Juga Seorang Bapa" - PM Tan Sri Muhyiddin Arah Pinda Hukuman Lebih Berat Pemandu Mabuk!

Posted on Sunday, May 31, 2020 | 5/31/2020



Akhirnya, satu kenyataan jelas dari Perdana Menteri kita mengenai isu pemandu mabuk yang menyebabkan kemalangan sehingga berlaku kematian dikeluarkan.


PM Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dalam satu kenyataan telah mengarahkan Kementerian Pengangkutan bagi merangka pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) agar memberikan hukuman yang lebih berat ke atas individu yang pentingkan diri seperti ini.

Tan Sri Muhyiddin atau kini lebih selesa dipanggil Tok Abah di kalangan rakyat menyatakan rasa sedihnya yang juga seorang bapa merasakan keresahan yang dialami rakyat selepas isu ini semakin hari semakin membimbangkan.


Saya memandang berat bilangan kes kemalangan jalan raya akibat pemandu mabuk yang dilihat semakin membimbangkan kebelakangan ini. Sebagai ketua kerajaan yang juga seorang bapa, saya memahami keresahan rakyat dan keluarga mangsa kemalangan yang mahu kerajaan bertindak tegas menangani perkara ini. Saya juga berharap pindaan hukuman ini kelak akan memberi pembelaan kepada waris keluarga mangsa kemalangan yang terjejas akibat pemandu mabuk. - Katanya.

Sebelum ini, Kementerian Pengangkutan turut telah mencadangkan untuk memberikan hukuman mandatori kepada pemandu mabuk dan ia bukan sahaja membabitkan peruntukan berkaitan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kecederaan atau kematian iaitu Seksyen 44, Akta 333 tetapi juga memandu di bawah pengaruh minuman yang memabukkan mengikut Seksyen 45 akta sama walaupun tidak terbabit dalam apa-apa kemalangan.


Kerajaan juga amat menyokong cadangan Kementerian Pengangkutan untuk menetapkan hukuman penjara mandatori terhadap pemandu yang ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk (Seksyen 45) mengikut peruntukan sedia ada masih merupakan kuasa budi bicara mahkamah. - Tegas PM lagi.

Nampaknya, tidak ada lagi kompromi akan diberikan kepada mereka dan diharapkan usaha meningkatkan hukuman terhadap pesalah ini dapat dilakukan dalam kadar segera kerana kita tak sanggup lagi melihat serta mendengar berita perginya orang tak bersalah.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang sokong undang-undang ini ditingkatkan di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 5/31/2020

0 comments:

Loading...