Tanda #Indonesia? Terserah!!! Dinaikkan Pasukan Hadapan Indonesia Yang Kecewa Ramai Abaikan Penjarakan Sosial

Posted on Wednesday, May 27, 2020 | 5/27/2020



Tanda #Indonesia? Terserah!!! sudah mula trending di media sosial Indonesia yang dipercai menunjukkan kekecewaan frontliners mereka terhadap rakyat Indonesia yang masih tidak sedar dengan bahayanya wabak pandemik Covid-19.

Kebanyakan warga Indonesia masih bebas ke sana ke sini dengan mengabaikan penjarakan sosial dan tetap berjalan dalam keadaan sesak.

Tanda hashtag yang mula dinaikkan pada 15 Mei oleh petuhas kesihatan itu disokong oleh warga indonesia yang sedar akan bahayanya wabak ini dan kita di Malaysia juga boleh faham apa yang berlaku di sana. Rakyat Indonesia terlalu ramai sehinggakan ia sukar untuk dikawal.


Setakat ini, Indonesia mencatatkan julah kematian tertinggi di Asia Tenggara dengan jumlah 1,391 kematian dan 22,750 kes positif direkodkan. 25 doktor juga didapati meninggal dunia akibat dijangkiti Covid-19 sewaktu merawat pesakit.

Jadi apa yang perlu dilakukan Indonesia sekarang? Kebanyakan warganet menekan pihak berkuasa untuk memaksimumkan penguarkuasaan peraturau-peraturan yang ditetapkan dalam PSBB. Berikut respon dari Presiden Joko Widodo.

Anggota TNI (Tentera Nasional Indonesia) dan Polri (Polis Republik Indonesia) akan disebar ke sejumlah titik keramaian untuk sentiasa mengingatkan masyarakat dalam menerapkan kedisiplinan protokol tersebut. - Katanya.

OHMEDIA: DIHARAPKAN PERKARA SEBEGINI TIDAK BERLAKU DI NEGARA KITA DAN MARILAH KITA BERSAMA-SAMA KEMBALI SEDAR DENGAN BAHANYA WABAK INI.

Kredit: BERNAMA

+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 5/27/2020

0 comments:

Loading...