Vivo Y30 Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM899 Bersama Bateri Sebesar 5,000mAh


Vivo Malaysia telah melancarkan satu lagi telefon pintar baru pada spesifikasi pertengahan di pasaran tempatan iaitu Vivo Y30. Telefon pintar ini dijual pada harga RM899 jer gais. Mesti korang tertanya-tanya apa yang ditawarkan pada telefon pintar ini kan?

Model Y30 ini didatangkan dengan skrin 6.47 inci. Ianya dikuasakan dengan cip pemprosesan Mediatek Helio P35. Untuk memorinya pula, ia hadir dengan 8GB RAM dan storan sebesar 128GB. Bateri yang ditawarkan pada model ini berkapasiti 5,000mAh bersama pengecasan 10W menggunakan port USB type-c. Apa yang menariknya, Vivo Y30 ini hadir dengan sokongan dwi-SIM gais.

Walaupun ia berada pada spesifikasi pertengahan, kamera belakangnya dilengkapi dengan 4 lensa iaitu 13 megapixel sensor utama + 8 megapixel sudut lebar + 2 megapixel makro + 2 megapixel kedalaman. Untuk kamera hadapannya pula didatangkan dengan 8 megapixel. Terdapat dua pilihan warna yang pada model ini iaiatu Dazzle Blue dan Moonstone White. Sekiranya korang berminat dengan peranti terbaru Vivo ini, korang boleh dapatkannya di Lazada gais.

Sumber : GSM Arena | Lazada

+ Baca respon pembaca Vivo Y30 dilancarkan di Malaysia pada harga RM899 di Facebook Oh! Media.






Sumber: Oh! Media