10 Smartphone Bawah RM500 Dengan Spesifikasi Menarik Yang Boleh Korang Miliki


Hai gais! Selalu Ohmedia kongsi dengan korang semua smartphone spec-spek bangsawan je, kali ni Ohmedia nak kongsikan dengan korang semua smartphone dengan spec yang boleh boleh dikatakan menarik dan mampu milik untuk orang miliki.

Oppo A12

Sumber gambar dari Giz.China.it
Smartphonne ini berharga RM499 yang dikuasakan dengan chip Mediatek Helio P35 yang mempunyai storage sebesar 64GB dan ram sebesar 4GB. Oppo A12 ini mempunyai skrin sebesar 6.22 inci IPS LCD yang hadir dengan sistem dual-camera, 13MP plius 2MP untuk kamera utama dan secondary kamera bahagian depan sebesar 5MP. Bateri pula didatangkan dengan kapasiti 4230 mAh.

Xiaomi Redmi 8

Sumber gambar dari Root Nation
Ia hadir dengan dua varian, storage sebesar 32GB, 3GG RAM dan juga 64GB straoge dengan RAM sebesar 4GB RAM. Smartphone ini dijual pada harga RM499 dengan sistem dual kamera, 12MP + 2MP serta kamera hadapan sebesar 8MP. Smartphone ini didatangkan dengan bateri berkapasiti 5000 mAh. Paparannya pula bersaiz 6.22 inci.

Realme C2

Sumber gambar Nasi Lemak Tech
Smartphone ini dikeluarkan pada tahun lepas, dengan harga dalam lingkungan RM399 hingga RM450. Smartphone ini hadir dengan cip pemprosesan Mediatek MT6762 Helio P22 yang mempunyai dua varian, 2GB RAM bagi 16GB storage dan juga 3GB bagi 32GB storage dalaman. Dari segi kamera, ia dilengkapi dengan 13MP kamera utama dan juga 5MP untuk kamera hadapan beserta paparan bersaiz 6.1 inci. Bagi saiz bateri, ia mempunyai saiz sebesar 4000 mAh.

Vivo Y11

Sumber gambar dari IDN Times
Baru sahaja dilancarkan bulan Oktober lepas yang hadir dengan dual-camera system. 13MP plus 2MP bahagian belakang dan 8MP bahagian hadapan. Paparannya pula sebesar 6.35 inci yang mengunakan cip pemprosesan Snapdragon 439. Dari segi memori dan storage, ia mempunyai 3GB RAM dan 32GB internal storage. Baterinya pula sebesar 5000 mAh.

Nokia 3.2

Sumber gambar dari Techradar
Jenama yang pernah gah sebelum ini tampil dengan model yang dijual dibawah RM500 dengan paparan sebesar 6.26 inci. Smartphone ini menggunakan Snapdragon, ditawar kepada dua varian, 2GB RAM untuk 16GB storage dan 3GB RAM untuk 32GB storage. Smartphone ini dikuasakan dengan bateri sebesar 4000 mAh. Untuk kamera pula, kamera utam bersaiz 13MP manakala kamera hadapan bersaiz 5MP.

Honor 8S

Sumber gambar dari Gadget Match
Smartphone ini hadir dengan saiz skrin sebesar 5.71 inci Full HD yang dilengkapi dengan 13MP kamera utama dan 5MP kamera bahagian hadapan. Smartphone ini menggunakan cip pemprosesan Mediatek Helio A22 yang disokong memori sebesar 2GB RAM bagi 32 internal storage dan 3GB RAM bagi 64GB internal storage. Untuk baterinya pula ia didatangkan dengan kapasiti sebesar 3020 mAh.

Samsung Galaxy A01

Sumber gambar dari Lazada
Ia dijual pada harga RM399. Smarphone ini dilengkapkan dengan cip pemprosesan Snapdragon 439 yang disokong dengan RAM sebesar 2GB dan storage sebesar 16GB. Seperti smartphone-smartphone lain, ia mempunyai sistem dual-camera, 13MP + 2MP.Dari segi saiz bateri, ia hadir dengan bateri kapasiti sebesar 3000 mAh dan juga paparan sebesar 5.7 inci.

ZTE Blade A7

Sumber gambar dari MyAllGadget
Ia menggunakan cip pemprosesan Helio P60 dengan disokong oleh RAM sebesar 2GB atau 3GB dengan internal sebesar 32GB atau 64GB. Saiz skrinnya pula adalah sebesar 6 inci , Untuk kamera ia hadir dengan kmaera sebesar 16MP dan juga 5MP untuk kamera bahagian hadapan.

Huawei Y5

Sumber gambar dari Tech Arena
Dikuasakan dengan cip dari Mediatek Helio A22, ia disokong dengan 2GB RAM dan 32 internal storage. Saiz skrinnya pula adalah sebesar 5.71 inci. Untuk sistem kameranya pula, Huawei Y15 ini menggunakan system single camera bersaiz 13MP dan 5 MP untuk kmaera bahagian belakang. Keupaayaan baterinya pula adalah sebesar 3020 mAh.

Lenovo Note A6

Sumber gambar dari GizmoManiacs
Smartphone ini menggunakan cip pemprosesan dari Mediatek Helio P22, dimana ia disokong dengan RAM sebesar 2GB atau 3GB dan storage sebesar 16GB dan 32GB. Dari segi kuasa, bateri berkapasiti 4000 mAh dihadirkan pada smartphone ini. Paparannya pula bersaiz 6 inci.

Kredit: HelloKerja

+ Baca respon smartphone bawah RM500 dengan spesifikasi menarik di Facebook Oh! Media



Sumber: Oh! Media