200 Penerima Terima Bantuan Keperluan Asas



Oleh: Norekwan Mamat

BESUT, 1 Jun - Seramai 200 penerima Mukim Tenang dan Hulu Besut yang kurang berkemampuan telah menerima keperluan asas Hari Raya Aidilfitri.

Pegawai Penyelaras DUN Hulu Besut Ustaz Mat Daik Mohamad berkata, sumbangan itu telah disampaikan kepada mereka sebelum Aidilfitri, minggu lalu.

"Terima kasih kepada penyumbang kerana sumbang ini adalah amat bermakna kepada mereka yang amat memerlukan," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pada semalam, 31 Mei.


Turut hadir ialah wakil daripada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi merangkap pimpinan NGO Pekerti Ustaz Zamani Al Besuty dan Pegawai Penyelaras Dun Jerteh Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad.

Menurutnya, sumbangan ini diagihkan kepada Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) masing-masing sebanyak 10 bungkusan barangan untuk dibahagikan kepada penerima.

"Alhamdulillah, saya percaya selama ini setiap apa sumbangan yang diterima oleh MPKK, akan diagihkan kepada mereka yang betul-betul layak menerima," ujar Mat Daik.

Sumbangan Keperluan asas ini telah disumbangan oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Pertubuhan Kebajikan serta Ekonomi Rakyat Terengganu(PEKERTI).





Sumber: teganukita.net