44 Individu Leka Berhibur Dalam Pub, Langgar SOP

Posted on Friday, June 05, 2020 | 6/05/2020



Suka hati diorang jer berkumpul dan bersuka-ria dlam kelab malam di saat PKPB ni. Memetik laporan Harian Metro, seramai 44 individu telah ditahan pihak polis yang sedang leka berhibur di dalam sebuah pub dan bistro di Desa Jaya, Kepong Gombak.

Pihak polis melakukan serbuan ini selepas mendapat aduan dari orang awam yang melihat seperti berlaku aktiviti yang mencurigakan.

Hasil pemeriksaan dilakukan, kami mendapati terdapat 44 pengunjung iaitu 29 lelaki dan 15 wanita berusia 18 hingga 47 tahun berada di dalam premis berkenaan. Mereka sedang minum minuman keras sambil mendengar muzik tanpa penjarakan sosial. Ketika ditanya, semua pengunjung gagal memberikan alasan munasabah tidak mengikut peraturan penjarakan sosial ditetapkan sebelum mereka dibawa ke balai polis," katanya pada sidang media di Balai Polis Rawang. - Kata Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe.

Semua pengunjung pub ini dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang kerana melanggar SOP PKPB mengikut Seksyen 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

OHMEDIA: PENGUATKUASAAN PERLU DIJALANKAN SEPANJANG MASA DAN KITA SEBAGAI ORANG AWAM JUGA MEMPUNYAI TANGGUNGJAWAB UNTUK MELAPORKAN SEKIRANYA TERLIHAT PELANGGARAN SOP INI.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang geram dengan mereka langgar SOP di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 6/05/2020

0 comments:

Loading...