5 Anggota Tentera & 13 Anggota Polis Ditahan Terlibat Penyeludupan PATI

Posted on Thursday, June 18, 2020 | 6/18/2020



TERKINI! 5 anggota ATM dan 13 anggota PDRM berpangkat ASP dilaporkan telah ditahan selepas didapati terlibat dalam sindiket penyeludupan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin selepas berjaya mendapat beberapa maklumat.

Bagi ATM, suspek terdiri daripada dua (2) pegawai dan tiga (3) anggota lain-lain pangkat. Manakala bagi 13 suspek PDRM, terdiri daripada satu (1) pegawai berpangkat ASP dan 12 anggota berpangkat rendah. Selain itu, satu (1) anggota berpangkat rendah bertugas di Polis Marin Wilayah 2, Tampoi, dua (2) anggota pangkat rendah bertugas di Bukit Aman dan sembilan (9) anggota berpangkat rendah bertugas di balai IPD Kota Tinggi. Kesemua suspek yang ditangkap berumur antara 24 tahun hingga 41 tahun. - Katanya.

Kesemua suspek terbabit ditangkap dan ditahan bagi siasatan di bawah Seksyen 130V hingga Seksyen 130ZB Bab VIB Jenayah Terancang, Kanun Keseksaan dengan prosedur siasatan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 SOSMA.


Kredit: Polis Johor

+ Baca respon pembaca yang geram dengan sikap segelintir manusia jual maruah negara di Facebook Oh! Media.





Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 6/18/2020

0 comments:

Loading...