50 Orang Pemandu Mabuk Ditangkap Dalam 1 Malam

Posted on Wednesday, June 10, 2020 | 6/10/2020



Ohmedia baca berita tadi ada kata yang seramai 20 orang pemandu telah ditangkap sebab memandu dalam keadaan mabuk dekat Sarawak. Tangkapan seperti ini memang patut dilakukan sebab kita tak boleh ambil mudah lagi selepas banyak nyawa dah melayang sebab mereka.

Memetik laporan Berita Harian, semua pemandu mabuk telah didapati melebih had bacaan yang dibenarkan mengikut Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

50 orang pemabuk ini juga hanya dapat ditangkap apabila Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak telah melakukan 31 operasi mabuk dan ia dilakukan di bandar-bandar utama di Sarawak.

Daripada jumlah itu sebanyak 45 kes atau 90 peratus sudah dituduh di mahkamah. Semuanya mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM1,000 seorang. - Kata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu.

Masalah ini mungkin dapat dikawal sepenuhnya apabila undang-undang yang melibatkan pemandu mabuk telah diputuskan pihak kerajaan.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang geram dengan pemandu mabuk di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 6/10/2020

0 comments:

Loading...