'Leher Dikelar' - Kisah Disebalik Perjuangan Leftenan Adnan Saidi & Regimen Askar Melayu

Posted on Thursday, June 25, 2020 | 6/25/2020



Ohmedia yakin ramai yang tahu kisah seorang perwira yang dikenali sebagai Leftenan Adnan Saidi yang masih dikenang dikalangan rakyat Malaysia-Singapura. Kisahnya pernah dijadikan filem pada tahun 2000 yang berjudul Leftenan Adnan lakonan Hairie Othman arahan Aziz M.Osman.


Kita juga pernah belajar mengenai kisahnya dalam matapelajaran Bahasa Melayu melalui buku komsas dan tarikh 14 Februari menjadi satu tarikh bagi memperingati perjuangan perwira ini.

Bercita-cita jadi tentera sejak kecil

Leftenan Adnan merupakan anak kelahiran Kampung Sungai Ramal, Kajang Selangor yang lahir pada tahun 1915 dan sudah menjadi cita-citanya untuk menjadi seorang tentera sejak kecil. Pernah bertugas sebagai seorang guru pelatih yang kemudiannya mengambil keputusan untuk menyertai Rejimen Askar Melayu seawal usia 18 tahun sekitar tahun 1933.


Dihantar ke Singapura sebagai Leftenan Muda

3 tahun kemudian, Adnan terpilih diantara rekrut terbaik pada tahun 1936 dan terus dinaikkan pangkat sarjan. Prestasinya terus menyerlah dan dinaikan pangkat Sarjan Mejar dan dihantar terus ke Singapura untuk meneruskan latihan sebagai Leftenan Muda.

Di Singapura, Adnan dipertanggungjawab mengendali Platun-7 dari Kompeni C dan dinaikkan pangkat sebagai Leftenan Adnan.

Pada saat inilah Leftenan Adnan terus berkobar-kobar untuk menentang penjajah yang pada waktu itu Perang Dunia Kedua berlaku dan Askar Jepun telah menceroboh negara termasuklah Tanah Melayu dan kemudian Singapura.

Jadi, apa cerita disebalik tarikh Februari 1942 ini? Apa yang telah berlaku sebenarnya?

Tentera Jepun tiba di Permatang Pasir Panjang pada 13 Februari 1942 dan berlaku pertempuran yang sengit diantara Jepun dengan Kompeni C. Tentera Jepun akhirnya terpaksa akur dengan kekuatan pertahanan anak buah Leftenan Adnan yang akhirnya berundur walaupun sebenarnya jumlah mereka lebih ramai jika dibandingkan dengan jumlah Askar Melayu.


Ia tidak berakhir di sini apabila pada esoknya 14 Februari 1942, tentera Jepun dikatakan telah bergerak menuju ke Bukit Candu dan sekali lagi Kompeni C di bawah pimpinan Leftenan Adnan diberi kepercayaan pihak atasan untuk mempertahankan Bukit Candu yang merupakan lokasi pertahanan strategik dan benteng terakhir sebelum Jepun berjaya masuk ke Singapura.

Leftenan Adnan hidu tipu daya Jepun

Tetapi, ada sesuatu tidak kena berlaku apabila Leftenan Adnan dapat menyedari telah tipu helah dari tentera Jepun yang menyamar dengan berpakaian baju tentera Sikh. Menyedari perkara itu, Leftenan Adnan dan anak buahnya melepaskan tembakan dan berjaya membunuh lebih 20 tentera Jepun.


2 jam selepas itu, ujian sebenar buat Kompeni C apabila tentera Jepun kembali dengan kekuataan tentera yang lebih besar dan kuat. Leftenan Adnan dan anak buahnya tidak mengaku kalah dan tetap berjuang untuk mempertahankan kawasan berkenaan walaupun hanya mempunyai jumlah tentera yang kecil.

800 tentera Jepun terkorban

Pada ketika ini, ramai Askar Melayu telah terkorban tetapi tetap berjaya membunuh lebih 800 tentera musuh.


Askar Melayu terpaksa berundur pada ketika ini dan Koperal Yaakob yang merupakan salah seorang Askar Melayu yang terselamat pada waktu ini sempat menyaksikan hayat terakhir Leftenan Adnan di tangan musuh.

Tubuh digantung, leher dikelar & isi perut terkulai

Pada petang, 14 Ferbruari 1942, sekujur tubuh kaku kelihatan tergantung di sebatang pokok di atas puncak Bukit Chandu, Singapura. Mayat yang memakai uniform Askar Melayu ini ditikam bertubi-tubi tanda pembalasan dendam dan marah kerana anak muda berpangkat Leftenan inilah yang mengetuai barisan gagah, ampuh, berani dan hanya maut yang membuatkan mereka berhenti dari mempertahankan Bukit Chandu, pertahanan terakhir British di Singapura sebelum ditawan Jepun.

Lehernya dikelar, dan isi perutnya terburai dimamah bayonet Tentera Jepun. Mayatnya dilarang untuk diturunkan, buat pengajaran buat mereka penentang Maharaja Jepun.

Pergi pada usia 27 tahun

Tak dapat dibanyangkan kesedihan dan kemarahan pada ketika ini, namun kehebatan Allahyarhan Leftenan Adnan Saidi akan tetap dikenan sebagai wira bangsa dalam lipatan sejarah negara.

Arwah Leftenan Adnan pergi pada usia 27 tahun dan kita perlu memastikan anak muda pada zaman ini mengetahui betapa besarnya pengorbanan yang perlu diberikan untuk memastikan kemerdekaan sesebuah tanah air yang tidak patut kita sia-siakan begitu sahaja.

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi inspirasi kepada golongan muda dan semoga semua wira yang telah berkorban untuk mempertahankan bangsa dan negara ditempatkan bersama orang-orang beriman.

Kredit: Wikipedia

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 6/25/2020

0 comments:

Loading...