Mawar Rashid Hamil Anak Kedua

Posted on Monday, June 15, 2020 | 6/15/2020



Tahniah Ohmedia ucapkan kepada pelakon jelita, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid atau lebih dikenali sebagai Mawar Rashid berusia 25 tahun yang kini hamil anak kedua. Menurut Mawar, alahan kehamilannya pada kali ini agak teruk sedikit.

Itu sebablah membuatkan dia kurang aktif di media sosial dan ramai yang meminta Mawar untuk melakukan cabaran seperti Barbie Challenge dan sebagainya tetapi keadaannya dirinya tidak mengizinkan.

Alhamdullilah, syukur. Doakan bayi kedua saya membesar dengan sempurna dan selamat. Doakan Mawar juga, kali ini alahan teruk sedikit. Itu sebabnya saya kurang aktif di laman sosial. Ramai buat permintaan saya buat Barbie Challenge tapi tak larat. Minta maaf semuanya. Banyak lagi nak buat cabaran lain tapi semua tergendala. Doakan alahan saya cepat hilang. Loya teruk kali ini.

Mawar telah mendirikan rumah tangga bersama Raden Ahmad Faizal Yaakob pada November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang bernama Raden Muhammad Rafael.

OHMEDIA: AGAK-AGAK BABY GIRL KE BABY BOY? HEHE.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca ucap tahniah di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 6/15/2020

0 comments:

Loading...