Miss Universe Malaysia Macam Diva, Pereka Fesyen Dedah Perangai Sebenar!

Posted on Thursday, June 04, 2020 | 6/04/2020



Memang kecoh betul satu dunia apabila bekas Miss Universe Malaysia 2017, Samantha Katie James mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman di media sosialnya sehingga mendapat kecaman hebat dengan warganet.

Bukan tu jer, 'verified badge' pun ditarik oleh pihak Instagram tau. Fuh, sakit hati weh kalau Ohmedia kena macam tu! Baru-baru ini, seorang pereka fesyen tempatan yang tidak mahu mendedahkan namanya pula menceritakan perangai sebenar Samantha.

Menurut laporan Astro Gempak, pereka fesyen tersebut mengatakan bahawa Samantha mempunyai masalah sikap dan komunikasi semasa pertama kali bertemu dan tidak bermesra dengan orang lain.

Saya pernah dipelawa untuk menyiapkan dresnya untuk acara Miss Universe ketika itu. Pertama kali bertemunya, dia punyai 'attitude' ketika meeting. Saya dapat rasakan aura diva dia yang tak teruja pun ketika perjumpaan itu. Asyik main phone, pakai skirt pendek dan baju seksi bertali halus, yang mana perkara itu tidak manis sebagai seorang Ratu Cantik. Malah, dia juga bukan seperti Ratu Cantik yang kita selalu tengok. Tidak mesra pun dengan orang lain. Dia tidak hormat orang dan demanding nak itu nak ini. Dia nak yang seksi, slit tinggi, dedah dada dan enggan mendengar idea orang lain. Memanglah pereka fesyen pun mahukan satu gabungan idea dan pendapat yang dipersetujui kedua-dua belah pihak. Tetapi, pereka fesyen pun ada kredibiliti dan estetik mereka. Selain itu, mereka pun mahu menyampaikan mesej dengan rekaan baju itu. Apa yang boleh saya katakan pertemuan itu satu sesi yang dingin dan tak menyeronokkan. Saya tahu dia seperti segelintir budak-budak muda yang lain, tetapi saya tak boleh mereka pakaian untuk orang yang tak boleh bekerjasama dengan orang lain.

Biar betul perangai bekas Miss Universe Malaysia 2017 macam tu? Alamak! Takpa, kita tunggu jer lah penjelasan daripada tuan punya badan. Bukan apa, kita kenalah dengar daripada kedua-dua belah pihak kan.

OHMEDIA: SEMAKIN BANYAK PULA ISU YANG DIKELUARKAN MENGENAI SAMANTHA NI.

Kredit: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca beri pendapat di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 6/04/2020

0 comments:

Loading...