Pemandu Mabuk Mengaku TIdak Bersalah Selepas Menumbuk Anggota Polis

Posted on Monday, June 01, 2020 | 6/01/2020



Sudahlah tumbuk polis, baling kerusi, memandu pula dalam keadaan mabuk, menyebabkan seorang pengurus kelab malam menghadapi empat pertuduhan atas kesalahan berkenaan. Lelaki berumur 38 tahun berkenaan bagaimanapun mengaku tidak bersalah setelah dibacakan dihadapan Majistret Puteri Nursheila Rahimi dan S. Mageswary.

Kesalahan memandu dalam keadaan mabuk dilakukan di MRRT 2 berdekatan Billion, Cheras pada 21 Mei lepas jam 1pagi. Berdasarkan kesalahan yang dilakukan, lelaki berkenaan akan dijatuhkan hukuman minimum RM1,00 dan maksimum tidak lebih RM60,000 ataupun penjara maksimum 12 bulan serta lesen memandu percubaan dibatalkan.

Untuk kesalahan melakukan kekerasan jenayah terhadap penjawat awam, menumbuk Lans Koperal Mohd Radhie Md Yatim sehingga menyebabkan kecederaan, lelaki berkenaan boleh disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Sumber gambar dari JSPT KL
Seterusnya dia dituduh melakukan kekerasan jenayah, dengan membaling kerusi pada anggota polis mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Lelaki berkenaan turut didakwa berkelakuan rusuh dan tidak senonoh terhadap mangsa mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 yag boleh didenda tidak melebihi RM500 atau hukuman penjara maksimum enam bulan atau disabitkan kedua-duanya.

Bagaimanapun lelaki berkenaan tidak mengaku bersalah untuk kesalahan merusuh, menumbuk dan membaling kerusi namun, peguam mewakili pengurus berkenaan memohon ikat jamin minimum kerana anak guamnya tidak mempunyai pendapatan hanya RM2,500 serta perlu menanggung dua orang anaknya.


OHMEDIA: PENGURUS KELAB MALAM TAPI GAJI RM2,500? BOLEH PERCAYA KE? BARU GRADUATE KE PENGURUS TU?

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca pengurus kelab malam tidak mengaku bersalah memandu dan menumbuk polis dalam keadaan mabuk di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 6/01/2020

0 comments:

Loading...