Poco F2 Pro Secara Rasmi Akan Dijual Bermula RM2,199, Menggunakan Cipset Snapdragon 865


Xiaomi Malaysia telah mengumumkan Poco F2 Pro secara rasminya akan dijual di Malaysia pada harga bermula RM2,199 yang hadir dengan empat pilihan warna iaitu Cyber Grey, Electric Purple, Phantom White dan Neon Blue. Kalau sebelum ni, Poco F2 variasi biasa jer yang masuk ke pasaran Malaysia.

BACA : Poco F2 Secara Rasmi Telah Dilancarkan Di Malaysia Bersama Dua Pilihan Variasi Kepada Pengguna


Untuk yang Pro ni, skrinnya didatangkan dengan 6.67 inci AMOLED bersama paparan Full HD. Smartphone ini menggunakan cipset Snapdragon 865 serta dua pilihan bagi memori iaitu 6GB RAM bersama 128GB storage ataupun 8GB RAM bersama 256GB storage. Bateri Poco F2 Pro ini berkapasiti 4,700mAh bersama 30W fast charging menggunakan USB Type-C.


Untuk kamera utama, ia dilengkapi dengan 4 lensa iaitu 64 megapixel sensor utama + 5 megapixel telefoto + 13 megapixel ultra wide + 2 megapixel kedalaman. Untuk kamera hadapan pula hadir dengan 20 megapixel menggunakan sistem pop-up.

Kredit: TechNave

+ Baca respon pembaca penggemar smartphone Poco di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media