Selepas Teruk Dikecam & Ditarik Verified Badge Instagram, Miss Universe Malaysia Mohon Maaf


Bila teruk dikecam netizen dan tanda 'Verified Badge' pun kena tarik balik dengan Instagram, barulah bekas Miss Universe Malaysia, Samantha Katie James tampil memohon maaf kepada semua orang yang mengatakan ia hanyalah sekadar pandangan peribadinya mengenai kes pembunuhan George Floyd.


Berikut merupakan permohonan maaf panjang lebar yang ditulis Samantha di Instagram miliknya.


Kebanyakan netizen mempertikai penggunaan ayat 'black people chose to be black' dan Samantha menjelaskan yang ia hanyalah sekadar contoh untuk menunjukkan manusia ini hanyalah makhluk kecil yang tinggal di dalam alam semesta yang luas dan disebabkan itu kita memilih badan, keluarga, tempat lahi, nama dan pengajaran berguna daripada perjalanan yang diberikan. Katanya.


Samantha juga mengakuti dia gagal menyampaikan mesej dengan baik sehingga berlaku salah faham dan akan memastikan apa yang cuba disampaikan dapat dilakukan dengan betul.


Kita juga dapat melihat banyak komen dari netizen yang menceritakan tentang asal usul dirinya dan Samantha sendiri telah mengakui yang dia adalah kacukan Cina Malaysia dan bapanya pula orang Brazil. Sementara itu ibu bapa angkat yang membesarkannya pula adalah berbangsa India di Malaysia.



A post shared by Samantha Brahmacharini (@samanthakayty) on

Kredit: Instagram Smantha Kayty

+ Baca respon pembaca yang ikuti isu Miss Universe di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media