Baru saja semalam kita menyambut hari bapa namun hari ini terdapat berita kurang menyenangkan dari seorang bapa. Dilaporkan seorang lelaki bertindak menyemburk racun serangga ke muka anaknya yang merupakan seorang bayi berusia 20 hari dengan hasrat agar mangsa berhenti menangis.
Kejadian ini dilaporkan berlaku Jumaat lepas di Arau, Perlis dimana bapa kandung kepada bayi berkenaan turut bertindak menampar muka dan melambung mangsa berkenaan. Ketua Polis Daerah Arau berkata bahawa pihaknya menerima laporan mengenai kejadian dari doktor yang merwat mangsa.
![]() |
Sumber gambar dari Berita Harian |
Menurut Berita Harian, bayi malang itu kini dirujuk ke Pakar Kanak-Kanak Hospital Tuanku Fauziah, Kangar bagi pemeriksaan lanjut dan rawatan. Difahamkan bayi berkenaan kini mengalami komplikasi di otak akibat kecederaan yang dialami. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
OHMEDIA: TERUKNYA PERANGAI. TAK PAYAH JADI BAPA KALAU TAK PANDAI NAK JAGA ANAK. BUAT TAMBAH DOSA JE NANTI.
Kredit: Berita Harian | Harian Metro
+ Baca respon pembaca bapa tergamak sembur racun serangga ke muka bayi di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media
0 comments:
Post a Comment