Ayah Masuk ICU, Hilang Pekerjaan & Tempat Tinggal! Lebih 60 Rakyat Malaysia Rayu Bawa Pulang Dari Oman

Posted on Monday, July 06, 2020 | 7/06/2020


Hari ini Ohmedia terima perkongsian dari rakyat Malaysia yang kini dikhabarkan masih berada di Oman dan tidak dapat pulang ke tanah air berikutan masalah penerbangan antarabangsa yang masih disekat.

Mereka ke sana bukanlah untuk bersuka-ria tetapi perlu bekerja mencari rezeki. Tetapi malangnya kini mereka tersekat di tempat asing di saat dunia dilanda wabak pandemik Covid-19 dan lebih parah lagi apabila mereka telah diberhentikan kerja. Ikuti perkongsian dari resident Muscat,Oman.

Ramai pilot dan pramugari diberhentikan

Kami adalah resident Muscat, Oman. Saya adalah salah satu pramugari di Oman Air, dan telah behenti kerja. Masih menunggu flight balik ke Malaysia. Repatriation flight yang dah discheduled 2 kali dah di reject, kerana tak Dapat permission landing di Muscat. Oman Air (local airline) tidak mahu buat penerbangan mungkin kerana total passenger tidak cukup atau tiada demand cargo/passengers kembali ke Oman.

Buat masa sekarang komuniti Malaysians di Oman tak ramai. Jadi yang setuju untuk balik ke Malaysia ada dalam 60 org. Kami sentiasa berkerjasama bersama embassy namun bantuan yang diberi embassy amat terhad.

Kontrak rumah tamat & terpaksa tinggal di hotel 

Ramai pilots telah diberhentikan, kontrak sewa rumah juga dah tamat jadi tak ada lagi tempat tinggal kecuali hotel bersama isteri dan anak2. Ada juga yang tengah mengandung 34 minggu, dan perlu bersalin di Malaysia kerana tak ada lagi insurance ditanggung oleh Oman Air. Ada juga yang bapa sedang sakit terlantar di ICU.

Kami memahami bahawasanya ia adalah luar bidang kami dan pihak kedutaan Malaysia. Kerana kerajaan Oman tidak membenarkan airlines luar kecuali Oman local airlines atau Malaysia local airline.

Perlukan kos pulang RM6,000 seorang 

Mungkin ada yang dapat membantu kami kerana kos yang perlu ditanggung setiap seorg passenger adalah RM6000 (untuk yang bukan Oman Air kerana kami ditanggung sepenuhnya oleh Oman Air) yang dibawa oleh Malindo Air. Oleh itu, banyak yang tarik diri kerana tidak mampu dan lagi banyak yang tarik diri lagi meningkat harga utk setiap passenger.

We are just asking if government or any ngo that can help us to get out of here. Seperti mana NGO Malaysia di Riyadh membantu mereka untuk pulang. We are only minorities here, jadi kami tak mampu untuk memenuhkan kapal and we cannot wait any longer, we will drain our money the longer we stuck tanpa gaji.

Mereka juga berharap agar berita ini dapat dipanjangkan ke Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Dato Hishammudin Hussein, Dato Ismail Sabri atau mana-mana NGO yang boleh menolong mereka.

Ayah masuk ICU dan masih tersekat di Oman


Perlukan bantuan semua rakyat Malaysia untuk bawa mereka pulang!


Hasil perbincangan bersama kedutaan Malaysia



Kredit: Sabrina Anuar

+ Baca respon pembaca yang simpati dengan nasib mereka di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 7/06/2020

0 comments:

Loading...