Wanita Ugut Sebar Video Bogel Jurutera Kilang!

Posted on Monday, July 20, 2020 | 7/20/2020



Selalunya kita akan dengan wanita diugut sebar video bogel, kali ini terbalik pula apa bila seorang lelaki diugut oleh seorang wanita bagi perkara berkenaan. Dikatakan seorang jurutera kilang terpaksa membayar RM13,000 kepada seorang wanita yang mengugutnya.

Jurutera berkenaan terpaksa berbuat sedemikian bagi mengelakkan perempuan tersebut menyebarkan video kepada umum. Menurut info dari Harian Metro, jurutera berkenaan membuat panggilan video dengan wanita tersebut sambil melakukan onani tanpa dia sedari yang perbuatannya dirakam.

Sumber gambar dari Freepik
Selepas melakukan panggilan video, jurutera berkenaan kemudian menerima SMS dari nombor yang tidak dikenali pada hari yang sama, mengugut agar membayar sebanyak RM13,000 bagi mengelakkan video bogel jurutera itu disebar pada umum.

Bertindak dari itu, jurutera membayar wang berkenaan melalui transaksi atas talian. Bimbang akan kejadian tersebut, jurutera berkenaan membuat laporan polis malam semalam. Dipetik dari Harian Metro, kes ini disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana peras ugut menyebar video bogel.

OHMEDIA: TAK PASAL-PASAL KENA UGUT. ZAMAN SEKARANG NI TUHAN BAYAR CASH, BUKAN RUGI DUIT JE, DAPAT MALU SEKALI.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca jurutera kilang diugut sebar video bogel di Facebook Oh! Media


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 7/20/2020

0 comments:

Loading...