Gagal Patuhi SOP Kuarantin Di Rumah, Polis Ambil Tindakan Terhadap 5 Individu!


Ohmedia tak faham betul dengan perangai segelintir masyarakat yang tidak mahu mendengar arahan daripada kerajaan walaupun sudah bagi amaran berkali-kali. Kenapalah susah sangat nak dengar cakap?

Baru-baru ini, terdapat lima individu telah dikenakan tindakan oleh pihak polis semalam kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk kuarantin di rumah selama 14 hari di kediaman masing-masing.

Menurut laporan Astro Awani, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sebanyak 1,969 pemeriksaan telah dibuat bersama petugas Kementerian Kesihatan (KKM) terhadap individu yang sedang menjalani kuarantin wajib bagi mengawasi kepatuhan individu terhadap SOP yang telah ditetapkan.

Kalau nak tahu, seramai 5,355 orang telah memasuki pintu masuk sempadan antarabangsa untuk pulang ke tanah air sejak 24 Julai sehingga 4 Ogos lalu ditempatkan di 5 Institut Latihan Awam dan 21 buah hotel seperti di Kelantan, Johor, Perak, Selangor, Pulau Pinang, Sarawak, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

Daripada jumlah itu, seramai 13 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan. Mereka telah pulang dari 28 negara iaitu Filipina, Thailand, Indonesia, Kemboja, Singapura, Vietnam, Brunei, Qatar, Pakistan, Arab Saudi, Hong Kong, India, UAE, Jepun, Turki, Korea Selatan, Iran, Nepal, Bangladesh, Taiwan, China, United Kingdom, Belanda, Papua New Guinea, Mesir, Sepanyol, Perancis dan Australia.

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) juga dimaklumkan oleh Ismail Sabri bagi membuat pemeriksaan yang melibatkan 78 penguatkuasa di 38 tapak binaan seluruh negara semalam.

Daripada jumlah itu, pemeriksaan CIDB telah mendapati 34 tapak binaan telah patuh SOP yang ditetapkan manakala satu tapak binaan tidak patuh SOP dan telah diberi nasihat. Tiga tapak binaan lagi tidak beroperasi.

Ohmedia setuju! Bagi sesiapa yang tidak mematuhi SOP untuk kuarantin di rumah selama 14 hari, memang patut dikenakan tindakan sebab orang yang degil macam ni lah boleh membuatkan peningkatan kes nanti.

OHMEDIA: BAGUS! AMBIL TINDAKAN SEWAJARNYA TERHADAP ORANG YANG TIDAK MEMATUHI SOP YANG TELAH DITETAPKAN.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media