Kejam! Kucing Ini Dilapah Di Bahagian Kepala & Perut Ditebuk Sehingga Usus Terkeluar

Posted on Tuesday, August 11, 2020 | 8/11/2020



Ohmedia tak sangka masih ada lagi manusia yang tidak berperikemanusiaan dan kejam apabila dia tergamak melakukan penyeksaan terhadap kucing peliharaan milik seseorang sehingga mati. Kejadian ini telah berlaku di Bandar Kinrara, Puchong Selangor pada 6 Ogos 2020.

Baru-baru ini, Persatuan Haiwan Malaysia memuatnaik satu video menunjukkan bangkai kucing yang dijumpai oleh pemiliknya di belakang kediaman dalam keadaan mengerikan. Mana taknya, kepala kucing tersebut dilapah sehingga tengkorak dan otak diambil manakala perut haiwan itu ditebuk sehingga usus terkeluar.


Apa yang lebih mengejutkan, organ dalaman juga hilang tanpa dikesan seperti hati, buah pinggang dan jantung. Titisan darah juga tidak ditemui di dalam badan kucing itu. Sebenarnya apa motif pembunuh ni ya?

Belum pun reda dengan kes langgar mati kucing secara kejam. Hari ini satu kes diterima Animal Malaysia. Kucing dilapah di bahagian kepala untuk ambil bahagian tengkorak dan otak manakala hidung, telinga dan kulit muka masih sempurna.

Di bahagian badan pula. Satu tebukan di perut ditemui dengan usus terkeluar manakala organ dalaman seperti jantung, hati dan buah pinggang hilang tanpa dikesan. Darah juga tidak ditemui disekitar bangkai kucing. Disyaki darah kucing telah diambil terlebih dahulu.

Kejadian disedari saksi yang merupakan pemilik kucing malang ini yang menemui bangkai kucing miliknya di belakang kediamannya di Bandar Kinrara, Puchong Selangor pada 6 Ogos 2020 dan pengadu menghubungi Animal Malaysia untuk mendapatkan pandangan mengenai kes kekejaman ini.

Animal Malaysia sudah memberi beberapa langkah untuk diambil oleh pengadu yang juga pemilik kucing supaya boleh membantu menjejaki si kanibal yang melapah kucing malang ini. Animal Malaysia berharap dapat menemui dan menjejaki pelaku yang bersifat kanibal ini untuk diheretkan ke muka pengadilan.

Ohmedia harap suspek dapat ditangkap secepat mungkin dan diberikan hukuman yang setimpalnya. Bukan apa, kejam sungguh perbuatan orang tu sampai organ dan tengkorak kucing tu pun hilang.

OHMEDIA: JOM KITA CARI PELAKU TU!

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.





Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 8/11/2020

0 comments:

Loading...