Kes Covid-19 Sudah Mencecah 5 Juta, Ribuan Penunggang Motosikal Di Amerika Sambut Pesta


Kes Covid-19 di Amerika Syarikat kini telah mencecah 5.1 juta dan sebanyak 165 ribu kematian dicatatkan. Walaubagaimanapun, kesan wabak tersebut langsung tidak memberi kesedaran kepada ribuan penunggang motosikal yang hadir ke bandar Sturgis sempena perhimpunan motosikal ke-80 di selatan Dakota, Amerika Syarikat.


Boleh dikatakan kesemua mereka yang hadir ke perhimpunan tersebut tidak mengamalkan penjarakan sosial dan perkara itu boleh menjadi punca wujudnya kluster baru di bandar tersebut walaupun ia terletak jauh dari kawasan yang teruk dilanda Covid-19.


Untuk pengetahuan korang, perhimpunan yang dihadiri lebih 6000 ribu orang itu sedikit sebanyak dapat meningkatkan sumber ekonomi Sturgis terutama penduduk di sana yang menjalankan perniagaan ketika event itu berlangsung.

OHMEDIA: NAMPAKNYA RAKYAT DI AMERIKA TETAP BERDEGIL WALAUPUN KES COVID-19 DI SANA BERADA PADA TAHAP YANG SANGAT MEMBIMBANGKAN

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca kes covid-19 sudah mencecah 5 juta, ribuan penunggang motosikal di Amerika sambut pesta di Facebook Oh! Media

Sumber: Oh! Media