Pasang Jalur Gemilang Terbalik, Seorang Warganegara Dan 4 Warga Bangladesh Ditahan

Posted on Tuesday, August 25, 2020 | 8/25/2020



Sebuah lori sampah yang dipandu warga tempatan didapati memasang bendera Malaysia secara terbalik di bahagian depan lori. Kejadian berlaku di kawasan masjid Bandar Country Homes Rawang kita-kira pukul 9.40 pagi semalam.

Seorang pengadu lelaki yang ternampak kejadian itu pada awalnya menegur selepas memberhentikan lori yang dipandu seorang lelaki warga tempatan yang turut membawa empat orang pekerja warga bangladesh. Pengadu telah membuat laporan polis dan kelima-lima mereka telahpun ditahan pada pukul 7.30 malam semalam.

Menurut Berita Harian, video juga sempat dirakam pengadu dan telah viral di laman sosial. Kejadian itu akan disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Komunikasi Multimedia dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 kata Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca pasang bendera terbalik di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 8/25/2020

0 comments:

Loading...