Remaja 16 Tahun Rogol Adik Kandung

Posted on Thursday, August 20, 2020 | 8/20/2020



Tergamak sungguh seorang remaja berusia 16 tahun disyaki merogol adik kandungnya yang merupakan anak kedua dari lima beradik berusia setahun lebih muda daripada suspek. Walaubagaimanapun, suspek tersebut berjaya ditahan pada tengah malam tadi di Jalan Universiti, Petaling Jaya.

Menurut laporan Berita Harian, suspek telah ditahan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya berikutan laporan pemeriksaan terhadap mangsa yang mempunyai kesan koyakan lama pada kemaluan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal mengatakan bahawa kejadian sumbang mahram itu berlaku di kediaman mereka yang terletak di Petaling Jaya pada 26 Julai lalu akhirnya terbongkar selepas mangsa memaklumkan kepada guru kaunseling di sekolahnya.

Susulan itu guru sekolah kemudian memaklumkan kejadian kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), yang kemudian menyelamatkan mangsa pada jam 7.30 malam semalam dari kediamannya. Selain mangsa pihak JKM turut menyelamatkan seorang lagi adik perempuan mangsa dan ditempatkan di bawah jagaan badan kebajikan itu hingga siasatan polis selesai dijalankan.

Untuk pengetahuan, suspen kini disiasat mengikut Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan dan ditahan reman selama 7 hari kerana beliau melakukan perbuatan sumbang mahram. Manakala sabit kesalahan pula boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebatan.

OHMEDIA: BARU 16 TAHUN DAH BUAT DEKAT ADIK KANDUNG MACAM TU!

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 8/20/2020

0 comments:

Loading...