Tindakan Potong Elektrik Premis Judi Antara Cara Yang Digunakan Di Kluang

Posted on Wednesday, August 19, 2020 | 8/19/2020



Ohmedia rasa ini adalah antara tindakan bijak yang perlu diteruskan pihak TNB apabila mereka memotong bekalan elektrik premis perjudian.

Tindakan ini diambil di Kluang, Johor apabila pihak polis Johor melakukan operasi. Sebanyak tujuh buah premis telah dipotong bekalan elektrik mereka mengikut Seksyen 21A(1)ARJT 1953 hasil kerjasama pihaknya dengan Tenaga Nasional Berhad(TNB).

Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail yang turut menahan seramai 25 orang kerana dipercayai terbabit dengan judi nombor ekor.

Pihak Polis Daerah Kluang juga merampas 40 telefon bimbit, 20 mesin pencetak, 115 keping kertas catatan dan wang tunai RM4,137.

Tidak cukup dengan memotong bekalan elektrik, lesen premis mereka juga mungkin akan ditarik selepas pihak polis melakukan perbincangan bersama Majlis Perbandaran Kluang.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang setuju dengan tindakan ini di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 8/19/2020

0 comments:

Loading...