(Video) Koperal Polis Yang Sedang Digantung Tugas & 2 Rakan Cuba Samun Wanita Ditangkap

Posted on Tuesday, August 25, 2020 | 8/25/2020



Semalam Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS ada konsikan satu video yang menunjukkan kejadian samun di Jalan Perdana, Pandan Perdana Kuala Lumpur di mana mangsa yang merupakan seorang wanita warga China telah didekati tiga individu lelaki yang tidak dikenali.

Tiga suspek berkenaan dikatakan telah menyamar sebagai anggota polis yang kemudiannya memegang tangan mangsa dan cuba mengheretnya ke kawasan parkir kereta berdekatan.


Bagaimanapun, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya iaitu Superintendan Mohd Azam Ismail telah mengesahkan bahawa salah seorang suspek adalah anggota polis berpangkat koperal yang kini sedang digantung tugasnya.

Semakan mendapati suspek berkenaan adalah anggota polis berpangkat koperal, namun dia dalam status ditahan kerja. Dalam kejadian itu, mangsa dilaporkan mengalami kerugian wang tunai kira-kira RM5,000 dan kehilangan barangan peralatan solekan. Bagaimanapun, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan. - Katanya.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan samun secara berkumpulan.

Kredit: Harian Metro | Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS

+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 8/25/2020

0 comments:

Loading...