'Adakah termasuk menteri & timbalannya?' - Kakitangan kerajaan dilarang guna surat sokongan

Posted on Wednesday, September 02, 2020 | 9/02/2020



Kakitangan kerajaan adalah dilarang dengan tegas untuk menggunakan sebarang surat sokongan bagi mempengaruhi mana-mana anggota pentadbiran untuk membuat keputusan. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan berkata, mana-mana kakitangan awam yang didapati berbuat demikian akan dikenakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan 4(2)(h), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib). 

"Garis panduan ini bertujuan untuk menerangkan kepada penjawat awam mengenai langkah-langkah yang harus diambil dalam menangani permohonan sokongan yang diterima daripada pemimpin kerajaan, individu berpengaruh atau mana-mana orang mengenai sesuatu urusan kerajaan," katanya.

Takiyuddin berkata demikian dalam menjawab soalan Cha Kee Chin (PH-Rasah) yang meminta perdana menteri menyatakan pendirian Perikatan Nasional (PN) mengenai surat sokongan daripada pegawai kerajaan. 

Soalan Cha itu juga merujuk kepada janji yang ditabur oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Fayhsal Wan Ahmad Kamal, sebelum ini. (Rujuk pautan di bawah)


Pada tahun 2010, kerajaan telah mengeluarkan garis panduan untuk tindakan ke atas sokongan yang diterima daripada pemimpin kerajaan atau mana-mana individu berpengaruh. Garis panduan itu ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) pada 8 Mac 2010. 

Jelas Takiyuddin lagi, garis panduan itu dibuat untuk mengelakkan kakitangan awam terkeliru atau terpengaruh dengan surat sokongan pihak tertentu. Selain itu juga bertujuan mengekalkan integriti kakitangan awam ketika membuat pertimbangan sesuatu permohonan. 

Sumber: MalaysiaKini



Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 9/02/2020

0 comments:

Loading...