Akibat Rogol Gadis Positif COVID-19, Pemandu Ambulans Ditahan Polis Dan Dipecat

Posted on Tuesday, September 08, 2020 | 9/08/2020



Kejadian berkenaan dikatakan berlaku Sabtu lepas di Kerala, India. Ketika itu pemandu ambulans berkenaan ditugaskan untuk menghantar dua pesakit wanita yang dijangkiti COVID-19 ke dua hospital berbeza. Pesakit wanita berkenaan terdiri dari gadis berumur 19 tahun dan warga emas.

Difahamkan selepas pemandu berkenaan menghantar warga emas berkenaan, dia kemudian menghantar gadis berkenaan ke hospital. Namun semasa dalam perjalanan, pemandu berkenaan telah bertindak merogol gadis di kawasan terbiar berhampiran Lapangan Terbang Aranmula.

Sumber gambar dari Newsturbate
Selepas melakukan perbuatan keji berkenaan, pemandu tersebut menghantar gadis berkenaan untuk mendapatkan rawatan COVID-19. Sebelum dibawa ke hospital, hasil siasatan mendapati bahawa gadis berkenaan disahkan positif COVID-19.

Tindakan pemandu  berkenaan menyebabkan dia ditahan polis atas pertuduhan serangan seksual dan rogol serta dipecat menjadi pemandu ambulans. Suruhanjaya Kebangsaan bagi Wanita (NCW) meminta agar Ketua Pengarah Polis Kerala mempercepatkan siasatan dan pertuduhan keatas kes tersebut.

OHMEDIA: SATU TINDAKAN BERANI MATI DARI PEMANDU AMBULANS NI. DAH GADIS TU POSITIF COVID-19, DATANG KAU PERGI ROGOL PULA GADIS TU. PLUS, SIAP KENA PECAT LAGI. AYOOO...

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pemandu ambulans rogol gadis positif COVID-19 di Facebook Oh! Media




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 9/08/2020

0 comments:

Loading...